Ikan ini mempunyai tarikan warna-warni tubuhnya. Ia juga dijadikan hiasan / koleksi di akuarium.
Ada beberapa jenis Ikan Betta/Cupang dan ada kelebihan masing-masing.Harganya juga berpatutan dan mampu milik. Ikan Betta/Cupang diminati ramai dan ia juga mudah dibiakkan.
JENIS-JENIS IKAN BETTA/CUPANG
Halfmoon
ikan ini mempunyai sirip dan ekor seperti separuh bulan(Halfmoon). Halfmoon yang sempurna mempunyai ekor yang berbentuk separuh bulan 180 darjah.
contohnya :
Pelakatikan pelakat ini yang paling diminati ramai kerana bentuk tubuhnya pendek dan kelihatan WOW. ikan ini tidak boleh diletakkan di satu tempat yang sama kerana ia akan bertarung(laga).Ikan ini ramai yang biakkan kerana ia amat unik dan cantik. Ekornya juga pendek tidak seperti Halfmoon. Ikan dibiakkan untuk lebik agresif dengan diberi berbagai makanan yang disediakan.Plakat nie mempunya ekor yang membulat berbeza dengan HMPK. Ini contoh Ikan Pelakat :
Giant Betta
Ia mempunyai tubuh yang besar atau lebih dikenali sebagai MONSTER. ia kurang agresif dalam berenang.
contoh Gaint Betta:
Veiltail
Jenis ikan ini dulu pernah popular karana mudahan didapati.Dengan banyaknya jenis ikan yang baru, jenis ikan veiltail ini semakin pupus.Ikan laga nie mempunyai ekor yang memanjang seperti langsir (veil) . Ikan nie boleh dikenal pasti terus dan mudah dibezakan.
contoh ikan vailtail:
Double Tail
Mempunyai bentuk ekor yang sama seperti Halfmoon tetapi kelihatan seakan-akan terbelah dan ia dinamakan Double Tail..contohnya:
CrownTail
Lebih dikenal dengan sebutan serit memiliki ekor seperti mahkota.Kelebihannya adalah pada ekornya yang unik.Masyarakat melayu menggelarnya karin matahari kerana ekornya yang seakan dengan sinaran cahaya matahari .contoh-contoh ikan CrownTail :
CARA MENTERNAK IAKN BETTA/CUPANG
- korang perlu sediakan 2 bekas bersaiz sederhana untuk ikan-ikan ini.
- kemudian sediakan induk jantan dan induk betina.
- sediakan satu bekas berlainan untuk meletakkan induk ini bersama.
- sediakan satu cawan polisterin uang sudah dibelah dua.
- Ikan-ikan itu diletakkan dalam bekas masing-masing dan diletakkan bertentangan.
- Biar ikan tersebut dalam keadaan sedemikian selama 5 – 7 hari.
- Ikan tersebut perlu diberi makan dalam tempoh tersebut.
- Selepas beberapa hari akan nampak telur ikan pada sarang buih.
- Ikan betina akan dipisahkan kerana induk itu akan makan telur2 tersebut
TIPS TAMBAHAN
Ikan yang hendak dibiak itu sekurang-kurangnya berumur 4 atau 5 bulan. Untuk memilih induk betina pilih yang abdomennya mempunyai biji putih.Biji putih adalah telur ikan. Letakkan daun ketapang supaya sepanjang proses membiak itu mereka ni kuat dan sihat.selain merangsang pembentukkan buih oleh induk jantan. Air yang sesuai digunakan adalah air tapis ataupun air yang sudah dicampur dengan ubat titisan anti-klorin.
No comments:
Post a Comment